Tuesday 10 September 2013

Johor Premium Outlet






Johor Premium Outlet atau JPO adalah tempat menarik bagi anda yang suka membeli-belah barangan berjenama. Di sana terdapat banyak barangan berjenama seperti baju, kasut, beg, aksesori dan pelbagai jenis barangan lagi.

Terdapat lebih 80 Outlet / kedai dengan jenama antarabangsa yang menawarkan diskaun antara 25% - 65% setiap hari seperti Armani, Adidas, Burberry, Canali, Coach, Gap, Guess, DKNY, Esprit, Lacoste, Michael Kors, Nike, Oroton, Polo Ralph Lauren, Timberland dan pelbagai jenama dengan harga yang menarik.

Lokasinya adalah di Kulaijaya.

Masa perjalanan dari Pak Atan GuestHouse ke Johor Premium Outlet melalui Lebuhraya Utara-Selatan mengambil masa lebih kurang 30 minit.